Berita baik kepada semua penduduk Sabah yang tinggal area-area pedalaman, buat pertama kalinya KARNIVAL SIOK TELUPID akan diadakan di TELUPID MAREE ! KARNIVAL ini adalah yang pertama dibuat di TELUPID (bangga saya ohh !) MESTI ramai yang maw taw apa aktiviti yang akan dianjurkan tyme neh kan, tapi mana buli kasi taw ! kalo mau taw, datang lah sendiri. hahah. Pendek kata datang saja lah. Karnival ini akan berlangsung selama tiga hari, jadi dari area-area macam Ranau, Kinabatangan, Kundasang, and lain-lain, datang lah. Berkenalan sama orang Telupid and selain itu jalan-jalan di sini. Saya sangat pasti mesti ada di antara kamu belum pernah pg Telupid kan? and ada juga yang tida tau Telupid tuh di mana. So, ini lah masanya..
TARIKH: 27HB-29HB APRIL 2012
TEMPAT: DATARAN TELUPID
MASA: 8.00 PAGI - 11.00 MALAM
Program ini akan bertanggungjawab memperkenalkan Daerah Telupid di dalam Negeri Sabah sekaligus melengkapkan kempen Daerah Penuh Telupid. Bagi memeriahkan Karnival Siok Telupid 2012 yang akan bermula pada hari esok bersamaan 27hb - 29hb April 2012, Banyak acara menarik menanti ada seperti Battle Of The Band Sabah OPEN,Labuk Idol dan Ratu fashion Telupid, PAMERAN, persembahan artis tempatan macam penyanyi-penyanyi dusun tuh, and kalo tida silap Chaq( Mania) pun ada jadi, datanglah beramai-ramai dan jumpa anda di sana!!!
0 comments:
Post a Comment