Setelah menrima salib belia dari Katedral St.Mary s'minggu yang lalu, kini tiba masa untuk salib t'sebut di bawah berarak ke setiap zon di Paroki St. Martin Telupid . Pada 13 Ogos jam 8 pagi, Salib Belia di bwah ke Zon J.Ranau iaitu di Chapel S.t Joseph Lumou. Paderi Paroki bersama rombongan Belia dari Zon Pekan Telupid telah membawa Salib Belia ke sana & d'sambut oleh umat d'sana diiring oleh paluan bunyi gong .
Pada sebelah petangnya, Salib belia di bawah ke Chapel s.t Patrick Entilibon iaitu Zon J.Tongod. Walaupun kehadiran umat di sana kurang mengalakkan, para belia tetap mnunjukkan semangat mereka,
Ketibaan Salib di S.t Patrick Entilibon
Belia bersama umat di Entilibon
Pada 14 ogos, iaitu pda k'esokannya, perjalanan membawa salib belia di teruskan lagi ke Zon J.Sandakan iaitu d S.t Fidelis Kiabau . Perjalanan ke Kiabau m'gambil masa kira2 1 jam setengah & sangat mencabar dengan jalan raya yang belum bertar namun ia merupkan pengalaman berharga bagi para belia yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sana. Penat tapi enjoy! Tidak dinafikan ia merupkan pengalaman baru bagi kebanyakkan kami yang baru first time ikut aktiviti macam neh :D kira2 7 buah kereta dari Zon Pekan dengan 30 orng (atau lebih) belia dari Zon pekan yang menyertai 'convoy' tersebut .
Perjalanan Ke Kiabau
Paderi Jasery telah mengadakan Misa d'setiap Zon yang telah di lawati dengan kotbahnya yang memperkatakan ciri2 Yesus Kritus yang mati di kayu Salib. Paderi memperkatakan tentang sikap Yesus Kristus yang patuh, setia dan mempunyai cinta kasih yang tidak pernah gagal. Selain itu, Koordinator Belia iaitu Encik Hildy Boy Albert turut memberi ucapan ringkas berkenaan Kehadiran Salib belia yang bukan ditujukan kepada belia sahaja tetapi juga kepad a seluruh umat. Beliau turut berkata bahawa, Chapel2 yang sempat dilawati merupkan Chapel yang bertuah kerana salib belia t'sebut tidak dapat di bawah keseluruh Chapel di Zon Telupid. Akhir sekali beliau memperkatakan berkaitan dengan sambutan Hari Ulang Tahun Diosis yang akan diadkan pada Bulan10 ini & S.t Martin Telupid sebagai Tuan rumah. Beliau berkata setiap Zon akan membuat persembahan yang kurng dari 8 minit .
Pada minggu depan iaitu pda 20 & 21 Ogos, rombongan belia akan menghantar salib belia ke Zon J.Nangoh sebagai destinasi terakhir sebelum di hantar ke Bundu Tuhan Pada 27 Ogos 2011. Mereka akan bermalam di sana & melakukan beberapa aktiviti.
0 comments:
Post a Comment